~1~
Selepas mendapat tugasan yang diberi oleh Encik Zahidi. Saya telah berusaha untuk
berfikir tentang produk yang ingin dihasilkan dengan menggabungkan 2
bidang seni iaitu membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf
tradisional.
~ 2~
Selepas
mendapat idea daripada sumber ilham, saya telah membuat keputusan untuk
membina satu bangku yang berbentu apel di atas dan mempunyai laci untuk
menyimpan barang. Untuk masukkan 2 bidang seni iaitu membentuk dan
membuat binaan serta mengenal kraf tradisional, saya ingin menggunakan
benang khat untuk menghasilkan corak sulaman pada permukaan bangku saya.
Selepas bertanya senior kami, Saya pun keluar membeli kayu di tempat
yang berdekatan dengan bus stand. Oleh sebab kami bukan dari Batu Pahat,
jadi agak susah untuk kami terus sampai ke kedai tersebut. Kami
menggunakan masa yang agak panjang untuk mencari, barulah kami sampai
ke kedai tersebut.
~3~
Selepas
3 hari kemudian, saya balik semula ke kedai tersebut untuk menggambil
kayu yang saya tempah, dan saya juga pergi membeli barang-barang yang
diperlukan seperti benang khat. Selepas sampai di bilik, baru saya
mendapati bahawa saya telah membeli jenis kayu yang salah, kayu jenis
segi empat tepat lebih menyenangkan kerja memaku saya. Berdasarkan kayu
yang salah bentuknya, saya terpaksalah mereka dan menyusun semula bentuk
bangku saya. Saya berharap lain kali saya akan lebih berhati-hati
sebelum membeli.
Saya mengambil gambar ini supaya lebih senang untuk saya menyusun semula dan memaku.
Selepas
mengambil gambar, saya mengecat kayu sebelum memaku, tetapi saya telah
menggunakan cat yang salah. Kayu saya telah menggunakan masa lebih
daripada sehinggu untuk kering.
Inilah cat yang telah salah dibeli.
~4~
Saya
terpaksa cuci semula kayu yang telah dicat tersebut dengan thinner
kerana permukaannya tidak kemas dengan cat yang tidak dapat kering
tersebut. Ini merupakan masalah yang kedua yang saya hadapi.
Bersyukurlah saya dapat bertanya en zahidi supaya saya sempat membaiki
kesilapan saya dalam masa yang terhad tersebut.
~5~
Selepas
kayu dijemur, saya memastikan saya mengecat semula dengan cat dinding
yang biasa. Sebelum mengecat, saya telah menyapu coating di atas kayu
dahulu untuk memudah dan mencantikkan permukaan pada kayu selepas cat.
~6~
Sejak
hari pertama saya pergi beli benang sehingga sekarang, saya telah
mengikat benang khat kepada corak yang telah dirancang.Tetapi semasa encik
zahidi menyemak produk saya, beliau mengatakan bahawa benda yang saya
buat tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik dan akan membazirkan
benang tersebut, beliau memberi cadangan kepada saya untuk mengubah
rekaan atas bangku tersebut. Jadi, 6 gulung tali yang saya beli
tersebut tidak dapat digunakan. Sekali lagi saya menghadapi masalah dan
dibimbing oleh encik Zahidi sehingga ke arah yang tepat.
~7~
Saya
berasa semakin tertekan kerana masa semakin singkat dan idea asal saya
tidak dapat digunakan dan terpaksa menukar kepada yang lain. Selepas
mendengar cadangan daripada seorang kawan, saya membuat keputusan untuk
mencuba batik canting. Walaupun saya pernah belajar membuat batik,
tetapi pada masa tersebut terdapat cikgu memberi bimbingan ditepi,
berbeza dengan sekarang di mana kita perlu sentiasa bersikap berdikari.
Saya telah mengikut proses membuat batik yang pernah diajar. Salah satu
sebab saya memilih batik kerana sempena dengan karnival yang dianjurkan
oleh cikgu PPG, saya telah banyak belajar daripada cikgu PPG yang
membuat dan menjual batik. Saya telah menggunakan semula teknik yang
telah diajar iaitu teknik mewarna. Beliau pernah memberitahu saya
tentang beberapa teknik yang lain iaitu meletak garam pada permukaannya
semasa masih basah dan yang kedua ialah batik tidak semestinya hanya
mewarna dan mencanting untuk sekali sahaja. Saya telah mencuba dengan
teknik encik tersebut iaitu mencantik kali kedua selepas mewarna.
Canting kedua ini perlulah dilukis di atas permukaan yang sudah
diwarnakan.
Letak sedikit garam untuk menyerap warnanya.
Gambar
di sebelah kiri ialah proses mencating kali kedua. Gambar kanan
menunjukkan kesan selepas lilin dihilangkan. Garisan yang warna putih
merupakan canting kali pertama manakala garisan yang berwarna merupakan
canting kali kedua.
Saya berasa amat gembira semasa berjaya mendapat kesan seperti mana yang telah dijangka.
~9~
Semasa
proses membalut tampat duduk bangku tersebut, saya menghadapi masalah
iaitu span tidak cukup rata, oleh sebab itu, tempat duduk saya adalah
tidak rata tetapi lembut dan selesa untuk diduduk.
Saya
telah mengambil masa satu malam untuk membalut tempat duduk tersebut
dengan batik. Masa yang diambil adalah panjang kerana saya tidak cukup
mahir untuk menjahit dan juga disebabkan permukaan tidak rata.
~10~
Giliran
membuat laci! Ini juga merupakan prses yang amat mencabar, gam putih
yang telah digunakan tidak dapat melekat laci saya dengan kukuh, oleh
sebab itu saya telah menggunakan pelekat, tetapi tidak cantik
permukaannya selepas menggunakan pelekat.
Masalah
yang telah dihadapi ialah saiz kotak yang dibuat tersebut telalu besar
dan tidak muat lubang tersebut. Tetapi selepas mengguntingnya, dapatlah
menjadi laci, tetapi saiz masih perlu dibaiki.
Selepas melekat tempat duduk di atas, maka selesailah barang saya.
~11~
Semasa
ditunjukkan kepada beberapa rakan, kesemuanya mengatakan bahawa produk
yang saya hasilkan adalah meja. Ini kerana saiznya yang besar daripada
saiz bangku sebenar dan juga lebih tinggi daripada bangku biasa.
Jadi, bangku saya telah menjadi kerusi meja yang mempunyai pelbagai fungsi iaitu bolehlah dijadikan sebagi :
Melalui tugasan ini, saya memang telah banyak belajar perkara yang baru, terutamanya pada bahagian penyediaan kayu.
Saya
bersyukur kerana diberi tugasan yang begitu istimewa supaya kami
berpeluang untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa mengikut kreativiti
masing-masing. Saya telah menghadapi banyak masalah dan juga telah
banyak belajar daripada semua perkara tersebut. Amat berbaloi untuk
menyambung kerja sampai pukul 4:30 pagi untuk hampir seminggu, kerana
telah menghasilkan karya yang amat saya sukai. ^.^
No comments:
Post a Comment