Thursday 3 September 2015

Batik chair

~1~
Selepas mendapat tugasan yang diberi oleh Encik Zahidi. Saya telah berusaha untuk berfikir tentang produk yang ingin dihasilkan dengan menggabungkan  2 bidang seni iaitu membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.

~ 2~
Selepas mendapat idea daripada sumber ilham, saya telah membuat keputusan untuk membina satu bangku yang berbentu apel di atas dan mempunyai laci untuk menyimpan barang. Untuk masukkan 2 bidang seni iaitu membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional, saya ingin menggunakan benang khat untuk menghasilkan corak sulaman pada permukaan bangku saya. Selepas bertanya senior kami, Saya pun keluar membeli kayu di tempat yang berdekatan dengan bus stand. Oleh sebab kami bukan dari Batu Pahat, jadi agak susah untuk kami terus sampai ke kedai tersebut. Kami menggunakan masa yang agak panjang untuk mencari, barulah kami sampai ke kedai tersebut.

 ~3~
Selepas 3 hari kemudian, saya balik semula ke kedai tersebut untuk menggambil kayu yang saya tempah, dan saya juga pergi membeli barang-barang yang diperlukan seperti benang khat. Selepas sampai di bilik, baru saya mendapati bahawa saya telah membeli jenis kayu yang salah, kayu jenis segi empat tepat lebih menyenangkan kerja memaku saya. Berdasarkan kayu yang salah bentuknya, saya terpaksalah mereka dan menyusun semula bentuk bangku saya. Saya berharap lain kali saya akan lebih berhati-hati sebelum membeli.
Saya mengambil gambar ini supaya lebih senang untuk saya menyusun semula dan memaku. 

 Selepas mengambil gambar, saya mengecat kayu sebelum memaku, tetapi saya telah menggunakan cat yang salah. Kayu saya telah menggunakan masa lebih daripada sehinggu untuk kering.

Inilah cat yang telah salah dibeli.
~4~
 Saya terpaksa cuci semula kayu yang telah dicat tersebut dengan thinner kerana permukaannya tidak kemas dengan cat yang tidak dapat kering tersebut. Ini merupakan masalah yang kedua yang saya hadapi. Bersyukurlah saya dapat bertanya en zahidi supaya saya sempat membaiki kesilapan saya dalam masa yang terhad tersebut.


~5~
Selepas kayu dijemur, saya memastikan saya mengecat semula dengan cat dinding yang biasa. Sebelum mengecat, saya telah menyapu coating di atas kayu dahulu untuk memudah dan mencantikkan permukaan pada kayu selepas cat.
~6~
Sejak hari pertama saya pergi beli benang sehingga sekarang, saya telah mengikat benang khat kepada corak yang telah dirancang.Tetapi semasa encik zahidi menyemak produk saya, beliau mengatakan bahawa benda yang saya buat tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik dan akan membazirkan benang tersebut, beliau memberi cadangan kepada saya untuk mengubah rekaan atas bangku tersebut. Jadi, 6 gulung tali yang saya beli tersebut tidak dapat digunakan. Sekali lagi saya menghadapi masalah dan dibimbing oleh encik Zahidi sehingga ke arah yang tepat.

~7~
Saya berasa semakin tertekan kerana masa semakin singkat dan idea asal saya tidak dapat digunakan dan terpaksa menukar kepada yang lain. Selepas mendengar cadangan daripada seorang kawan, saya membuat keputusan untuk mencuba batik canting. Walaupun saya pernah belajar membuat batik, tetapi pada masa tersebut terdapat cikgu memberi bimbingan ditepi, berbeza dengan sekarang di mana kita perlu sentiasa bersikap berdikari. Saya telah mengikut proses membuat batik yang pernah diajar. Salah satu sebab saya memilih batik kerana sempena dengan karnival yang dianjurkan oleh cikgu PPG, saya telah banyak belajar daripada cikgu PPG yang membuat dan menjual batik. Saya telah menggunakan semula teknik yang telah diajar iaitu teknik mewarna. Beliau pernah memberitahu saya tentang beberapa teknik yang lain iaitu meletak garam pada permukaannya semasa masih basah dan yang kedua ialah batik tidak semestinya hanya mewarna dan mencanting untuk sekali sahaja. Saya telah mencuba dengan teknik encik tersebut iaitu mencantik kali kedua selepas mewarna. Canting kedua ini perlulah dilukis di atas permukaan yang sudah diwarnakan.
Letak sedikit garam untuk menyerap warnanya. 

~8~

Gambar di sebelah kiri ialah proses mencating kali kedua. Gambar kanan menunjukkan kesan selepas lilin dihilangkan. Garisan yang warna putih merupakan canting kali pertama manakala garisan yang berwarna merupakan canting kali kedua. 
Saya berasa amat gembira semasa berjaya mendapat kesan seperti mana yang telah dijangka.

~9~
Semasa proses membalut tampat duduk bangku tersebut, saya menghadapi masalah iaitu span tidak cukup rata, oleh sebab itu, tempat duduk saya adalah tidak rata tetapi lembut dan selesa untuk diduduk. 
Saya telah mengambil masa satu malam untuk membalut tempat duduk tersebut dengan batik. Masa yang diambil adalah panjang kerana saya tidak cukup mahir untuk menjahit dan juga disebabkan permukaan tidak rata. 
~10~
Giliran membuat laci! Ini juga merupakan prses yang amat mencabar, gam putih yang telah digunakan tidak dapat melekat laci saya dengan kukuh, oleh sebab itu saya telah menggunakan pelekat, tetapi tidak cantik permukaannya selepas menggunakan pelekat. 
Masalah yang telah dihadapi ialah saiz kotak yang dibuat tersebut telalu besar dan tidak muat lubang tersebut. Tetapi selepas mengguntingnya, dapatlah menjadi laci, tetapi saiz masih perlu dibaiki. 
Selepas melekat tempat duduk di atas, maka selesailah barang saya.

~11~
Semasa ditunjukkan kepada beberapa rakan, kesemuanya mengatakan bahawa produk yang saya hasilkan adalah meja. Ini kerana saiznya yang besar daripada saiz bangku sebenar dan juga lebih tinggi daripada bangku biasa.  
 Jadi, bangku saya telah menjadi kerusi meja yang mempunyai pelbagai fungsi iaitu bolehlah dijadikan sebagi :
  
                 Kerusi                                   Meja                       Tempat menyimpan barang
Melalui tugasan ini, saya memang telah banyak belajar perkara yang baru, terutamanya pada bahagian penyediaan kayu.
 Saya bersyukur kerana diberi tugasan yang begitu istimewa supaya kami berpeluang untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa mengikut kreativiti masing-masing. Saya telah menghadapi banyak masalah dan juga telah banyak belajar daripada semua perkara tersebut. Amat berbaloi untuk menyambung kerja sampai pukul 4:30 pagi untuk hampir seminggu, kerana telah menghasilkan karya yang amat saya sukai. ^.^